Halaman

SHEBBIE's - berterima kasih!

DUNIA SHEBBIE...!

Berkongsi minat dan hobi bersama SHEBBIE 😀

subscribe dunia shebbie

Add to Google Reader or Homepage

SHEBBIE's - nak tahu ke?

Foto saya
...happy...happy...happy...

Jumat, 22 April 2011

adehhhh...macam-macam hal shebbie!

 - As salam semua kawan2 juga para sahabat yg sangat shebbie sayangi...dan rasanya teak pernah luntur pun rasa kasih & sayang itu...insyaAllah...

- Hari nie meh kita membicarakan soal kawan yg menjadi lawan hanya kerna untuk kepentingan diri...shebbie juga akan berkongsi akan peristiwa sebegini bersama & diharapkan menjadi ikhtibar juga teladan yea...mana yang baik jadikan teladan yg buruk jadikan sempadan...ermmm....

- teringat shebbie di zaman sekolah dulu...ntah kenapa budak2 lelaki suka sangat mencari pasal dgn shebbie tapi bila diingatkan kembali geli hati pung yea gok...

- masa shebbie berusia belasan tahun shebbie pernah rapat dgn seorang budak lelaki yg boleh dikira junior shebbie leeee...sering mengajar dia matematik juga english...boleh dikatakan punya pertalian saudara juga laaa dgn arwah nenek shebbie...sehinggalah pada satu hari shebbie perasan jemuran shebbie hilang...antaranya yg menjadi 'wanted' seluar dalam shebbie...hahahahahaha...

- eish...ketawa ketawa juga suspeng tu bila pakaian dalam kita hilang...bahaya naaaa....! jadi shebbie pun mengadu dgn arwah nenek...lalu di bawa kepada orang yg pandai melihat barang hilang...haaa! jgn tak tahu ada tau wujud macam nie tapi orang tu bukan bomoh hanya boleh menolong melihat di mana barang tersebut...

- kata pakcik tu 'barang awak tu di ambil oleh seorang teruna yg sangat rapat juga dengan awak...& terletak di bawah bantal yg sedang ditidurinya...!'

- fuhhhh...! apa lagi terperanjat boghuk di bueknya...hahahahaha...? tapi siapa yea??? adehhhhh....

- lepas tu shebbie balik leee & terus lepak di 'pangkin' bawah pokok rambutan...hajat hati mahu memikirkan siapakah gerangannya? ermmm...alhamdulillah...Tuhan memberikan rasa hati & naluri shebbie kuat memikirkan si dia & teringat dia ada masuk rumah arwah nenek dari pintu belakang & keluar di pintu depan...

- bayangkanlah shebbie nie sangat patuh arahan & ajaran orang tua...jangan menyidai pakaian dalam sebarangan sebab itu hingga kini shebbie hanya menyidai di dalam rumah tak pernah berjuntaian di luar perkarangan rumah....AWAS! bahayaaaaaa...!

- tekad shebbie memberitahu kepada arawah nenek...jeng...jeng...jeng.,..nak tahu kesudahan citer nie...tungguuuuuuuuuuuu...nak isi perut dgn bekpes jap yea...
- apa bekpesnye...nak tahu ke? ahaks...!

haaaa,,,best tak? best kan....hehehehe...nie pun copy jew dari google...upload dari hp punya laaa lambek...
RESEPInya...;

1 bungkus roti (apa brand pun boleyyyy...specially gardenia leee...)
3 biji telur ayam (jgn telur itik plak yea...hehehehe)
1 sudu kecil susu pekat manis
secubit garam ( kalau mahu...x mahu pun xper!)
sedikit lada sulah
sedikit marjerin
sedikit minyak

CARA-CARAnya...;
- sapukan roti dgn marjerin...
- pukul telur didalam pinggan yg mcm mangkuk bukan leper nanti melempah plak...
- masukkan secubit garam, susu juga lada sulah...kacau sehingga sebati & hancur...
- panaskan minyak sedikit...
- semasa menunggu minyak panas...celupkan roti ke dalam pinggan yg ada kocakan telur tadi...
- haaaa...apa lagi goreng le ke dalam minyak yg panas tadi...
- sekejap jew tau balikkan & angkat...jgn lama2 nanti hitam plak gara2 ada susu tadi tuuuu...

- ahaks! selamat mencubaaaaaaaaaaaa...enak & lazat lagi tu...pada yg berdiet gunalah roti diet & jgn banyak2 makan yea...sekeping saja kah kah kah...

 - okay...kita sambung yea...perut dah kenyang nie...hehehehehe...

- selepas shebbie mengadu...apa lagi arwah nenek shebbie pung berjumpa dgn pak imam kampung minta di buatkan solat hajat...kata ustaz tu 'insyaAllah se buek kan tapi dah fikir habis-habis ko?'

- haaaa! masa tu terpana juga memikirkannya...mahu ke tak mahu buat tapi sambung ustaz tu lagi ...'eloklah di buek pasal nie bondo buleh jadi tak baik lagi pun dio pompuan...'

- so, apa lagi diteruskan juga laaaa...pada malam itu selama 3 hari berturut-turut juga laaa... - rehatkan minda sekejap yea...hehehehe...akan di sambung & meh kita berkongsi ilmu sket yea....

AL-QURAN: 10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w
- SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

- SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

- SURAH AD-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

- SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

- SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

- SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

 - SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

- SURAH AL-IKHLAS
 Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

- SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

- SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati- sambungan cerita...


- ingat tak tadi di atas ustaz tu bertanya...betul ke kita dah siap-siap hendak buat solat hajat kan? ermmmm...rupa-rupanya ada maksud tersirat...

- selepas peristiwa 'kehilangan' & sudah melakukan pelbagai cara...muncul laaaa si dia...lantas di tanyakan arwah nenek 'apo pasal ko curi seluar dalam si liza ( nama yg dipanggil oleh arwah ) nie?"

- jawab si dia 'tak do nak buek apao2 do wan...se nak hilangkan jerawat jo!' ....hehehehehe...

- jawab arwah nenek 'sapo cakap dgn ko mcm tu..?'

- 'se ikut-ikut jo cakap2 si ......(dirahsiakan)...dio kan askar mesti tahu bondo2 mcm nie wan!' jawab si dia lagi...

- lalu arwah nenek suruh dia pulangkan hak shebbie tu & si dia pung balik ke rumah & datang dgn 'barang' tu tetapi....jeng...jeng...jeng....hahahahahaha...

- alamak! besarnye seluar dalam tu...adehhhh...bukan yg hak shebbie dehhhhh....hehehehehe

- nampaknya tak berpeluang leeee shebbie nak dapatkan hak shebbie tu...

- akhirnya pada keesokan hari kami dapat berita...satu berita yg sangat mengejutkan kami sekampung...si dia punya abang kemalangan di selekoh di depan rumah arwah nenek sewaktu menunggang motosikal hingga membawa maut masa itu juga...innalillah....

***JADIKANLAH ini semua ikhtibar...jgn melakukan perkara2 yg boleh membawa kemudaratan pada diri sendiri atau keluarga terdekat...

- okay laaa...nanti shebbie sambung lagi citer2 menarik kalu menarik leee hehehehe..ada lagi kisah kawan tikam kawan nie...sangat2 menakutkan...

JUMPA  dilain hari yea....




2 komentar:

  1. testing...! boleh komen atau share resepi eak...hehehehe

    BalasHapus
  2. Katie Lynn Reed Kelly-Hund said>>> It looks very much like what my son calls French Toast, although I am sure it isn't the same thing, when he moved away from home it was the only thing he knew how to make. Yours looks wonderful, I bet your a Great Cook.

    BalasHapus