Halaman

SHEBBIE's - berterima kasih!

DUNIA SHEBBIE...!

Berkongsi minat dan hobi bersama SHEBBIE 😀

subscribe dunia shebbie

Add to Google Reader or Homepage

SHEBBIE's - nak tahu ke?

Foto saya
...happy...happy...happy...

Minggu, 31 Juli 2011

SHEBBIE ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa yang bakal tiba nie...mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam keberkatan juga dipermudahkan sepanjang Ramadhan...

Oleh itu sebgai permulaan kita mengenali apakah itu puasa marilah kita berkongsi serba sedikit yea...kan 'sharing is caring,,,' hehehehe


PERSOALAN POPULAR DI BULAN RAMADHAN :

S : Apakah hukumnya melakukan jimak di siang hari bulan Ramdhan setelah kedua-dua pasangan membatalkan puasanya dengan sengaja?

J : Hukum melakukan jimak di bulan Ramadhan adalah haram walaupun perbuatan itu didahului dengan berbuka puasa kerana perbuatan itu telah mencabuli kehormatan bulan Ramadhan yang mulia. Untuk keterangan lanjut mengikut pandanganagn pelbagai mazhab sila rujuk buku Fiqh & Perudangan Islam Jilid II Wahbah Al-Zuhaili terjemahan dalam bahasa Malaysia oleh Md Akhir Hj Yaacob





S : mandi junub selepas masuk waktu subuh atau selepas pkl 8pg pada ramadhan.sah puasa atau tidak?

 

J : Puasa sah walau pun orang yang berjunub mandi menganngkat hadas besar selepas masuk waktu subuh atau selepas jam 8 pagi di bulan ramadhan. Walau bagaimanapun panel menasihati orang-orang yang berjunub di bulan ramadhan supaya segera mengangkat hadas besar supaya mereka tidak terlepas daripada kewajipan menunaikan solat subuh.



S : batalkah puasa jika menggunakan ubat utk mata seperti EYE More semasa berpuasa?

 

J : Wa'alaikumussalam wbt.pesakit mata yang menggunakan ubat untuk mata seperti eye more dengan cara menitikkannya ke dalam mata semasa berpuasa, tidak batal puasa kerana iabukan termasuk kategori anggota yang berongga.



S : saya ada terbaca satu hadis mengenai jika kita berpuasa tanpa mkn sahur adalah puasa kita menyerupai puasa org yahudi, soalan saya, selama ini saya jarang bersahur semasa mengamalkan puasa sunat, jd adakah amalan saya ini sia-sia dan tidak diterima Allah swt.

 

J : Bersahur adalah sunat dan merupakan sunnah nabi s.a.w. Jika kita tidak bersahur kita tidak dapat pahala sahur. Puasa yang dikerjakan tanpa bersahur akan diberi ganjaran oleh Allah juga.

 

S : nak tanya apakah hukuman yang akan dikenakan oleh allah bg orang yg tidak berpuasa hukuman didunua dan akhirat

 

J : Meninggalkan puasa adalah meninggalkan salah satu dari rukun Islam. Berdosa besar bagi orang yang meninggalkan dengan sengaja. Sekiranya ia mengingkari wajibnya berpuasa maka ia adalah kafir.



S : apakah perbezaan puasa antara kanak-kanak dan orang dewasa?

 

J : Kanak-kanak yang berpuasa akan diberikan ganjaran pahala manakala puasa bagi orang dewasa adalah satu kefardhuan yang ditetapkan oleh Allah SWT



S : Saya mempunyai penyakit 'asma' dan terpaksa menggunakan 'inhaler' untuk membantu pernafasan ketika diserang asma. Jika saya sedang berpuasa, adakah puasa saya sah?

 

J : Pesakit asma yang menggunakan inhaler untuk membantu pernafasan ketika diserang asma semasa sedang berpuasa adalah batal puasa.

 

S : Seorang yang berpuasa,telah keluar air mazi disebabkan sesuatu yang mengghairahkan, Adakah batal puasanya?

 

J : Keluar air mazi tidak membatalkan puasa

 

S : Seseorang yang berpuasa, kentut atau qada hajat didalam air, Adakah batal puasanya?.

 

J : Seseorang yang berpuasa, kentut atau qadha' hajat di dalam air puasa tidak batal sekiranya dia meyakini bahawa air tidak memasuki dubur dan qubulnya.



S : apakah hukum memberus gigi ketika berpuasa?

 

J : Harus memberus gigi ketika berpuasa tetapi selepas gelincir matahari makruh berbuat demikian.



S : Bini saya baru mengandung 2 bulan. Dalam tempoh mengandung ini, dia tak ble biarkan perut kosong. Pasti akan muntah. Sempena bulan puasa ni, saya ingin tahu apakah hukum jika bini saya tak puasa. Perlukah dia membayar fidiyah dan ganti puasa atau hanya bayar fidiyah. Harap ustaz dpt beri jawapan segera kerana puasa dah dekat. Terima kasih.

 

J : Bagi perempuan yang mengandung dan bimbang akan kesihatan diri dan anak yang dikandungnya maka dia diharuskan meninggalkan puasa dan menggantikan puasa yang ditinggalkan itu pada hari- hari yang lain. Manakala bagi yang bimbangkan anaknya sahaja, maka dia diharuskan meninggalkan puasa dan wajib menggantikan puasa dan membayar fidyah.

 

S : 1. Bolehkh saya menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat sahaja. dan sejauh mana kebenarannya solat terawih ini dalam bilangan 8 rakaat sahaja..ataukah yang ada sebanyak 23 rakaat..dan soalan 

 

2. Semasa hari raya atau hari-hari biasalah apakah hukumnya berjabat salam diantara lelaki dengan perempuan..kadang-kadang dalam satu situasi kita tak nak salam tetapi tangan dan dihulur bagaimana caranya itu

J : 1. Saudara boleh melakukan solat sunat tarawih sama ada 8 rakaat ataupun 20 rakaat kerana kedua-dua cara tersebut dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah SAW.

 

2. Bersalam-salaman antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram (boleh berkahwin) adalah haram hukumnya. Walau bagaimanapun sekiranya orang lain menghulurkan tangannya terlebih dahulu dan bagi menjaga maruahnya maka dalam situasi ini dibolehkan.


S : Apakah hukum meminum lagi air pada waktu azan subuh pada bulan Ramadan. Adakah dikira batal puasa?

J : Batal puasa seseorang itu sekiranya ia minum air sedangkan ia mengetahui bahawa waktu subuh sudah masuk.



S : jika kita melakukan hubungan kelamin pada mlm hari dan keesokan harinya kita akan berpuasa. jadi adakah puasa itu sah atau batal sekiranya kita mandi hadas besar selepas masuknya waktu subuh. tetapi niat kita dah baca pada mlm hari. adakah puasa itu sah?

 

J : Sah puasa bagi orang yang bersetubuh pada malam bulan ramadhan dan mandi hadas selepas masuk waktu subuh.


OKAY laaa para sahabat...itu adalah antara persoalan yang menjadi satu kemusykilan dan membuat kita sering berasa ragu...untuk memudahkan kalian sila layari websit nie yea...



http://islamgrid.gov.my/index.php
semua persoalan boleh ditanyakan atau sudah pun ditanyakan maka hanya kita klik saja segala persoalan yang boleh memenuhi kehendak kita...insyaAllah...
 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar