Laman

SHEBBIE's - berterima kasih!

DUNIA SHEBBIE...!

semoga semua yg shebbie usahakan di sini dapat memberikan sesuatu kebaikan buat diri kalian yg sudi mengunjungi blog shebbie yg sangat simple nie...shebbie akan mencuba sebaik mungkin untuk berkongsi segala yg shebbie ada & tahu...semoga diberkati hendaknya...insyaAllah...

subscribe dunia shebbie

Add to Google Reader or Homepage

SHEBBIE's - nak tahu ke?

Foto saya
...happy...happy...happy...

Jumat, 05 Agustus 2011

IKAN PARI ASAM TEMPOYAK

ahaks! hari-hari dok fikir nak masak apa kan? nak-nak bulan Ramadhan nie memang leee macam-macam nak masuk kat anak tekak nie...adehhh...apa-apa pun shebbie nak kongsi menu seterusnya yea...mana laaa taukan boleh terbuka selera nak mencuba pula...kadang-kadang jadi orang pompuan nie buntu juga bila sampai masa nak masak haish! ponek den...orang lelaki nie tau nak makan jew...tapi beruntung laaa dia kalu dapat lelaki yang rajin ke dapur...sedap tau kalu orang lelaki pandai masak...fuhhhh.,..air tangan depa lagi best dan mengancam macam rupa dia gak hehehe....



***IKAN PARI MASAK ASAM CILI PADI TEMPOYAK***

BAHAN-BAHANNYA ;

3 keping ikan pari yang dah siap potong panjang tu potong lagi jadikan bentuk kiub
***bersihkan dan diperap serbuk kunyit juga garam
***agak2 1/2 jam goreng sekejap bkn garing ala2 lembab gitu dan ketepikan

1 biji timun biasa dipotong sepjg ibu jari dan dibelah 4

30 biji cili api di blend tanpa air - nak pedas tambah lagi

6 ulas bawang putih di blend tanpa air

2 biji bawang besar yang sederhana saiznya di blend tanpa air

halia sebesar ibu jari yang tembam tu dihiris nipis tapi besar - bulat gitu leee

2 batang serai di ketuk bg pecah sket

4 helai daun limau purut

1 mangkuk kecil tempoyak dicampur air dan kacau bagi halus jgn bergentel

4 sudu besar air asam jawa

6 sudu kecil serbuk kunyit

3 cawan air

garam secukup rasa

minyak masak secukupnya untuk menumis pastikan jumlahnya agar cili tu masak dgn sempurna



CARA-CARANYA;

panaskan minyak secukupnya - biar betul-betul panas yea...

tumiskan semua bahan yang sudah di blend kering tadi tu hingga kekuningan

masukkan hirisan halia dan serai...juga serbuk kunyit...tumis hingga agak pecah minyak dan kekuningan

masukkan air asam jawa dan kacau biar pekat sket

masukkan air juga tempoyak yang sudah dibancuh air tu

masukkan timun yang sudah dipotong

masukkan ikan yang sudah digoreng 'lembab' tadi...

masukkan daun limau purut

tunggu hingga kuahnya mendidih dan agak pekat....

masukkan garam rasa masinnya dan angkat boleh dihidangkan...ermmmm




inilah hasilnya...sedap hingga menjilat jari...hehehe



***IKAN TENGGIRI JERUK***

1/2 ekor ikan dibersihkan dan digoreng agak garing bukan hangus

6 biji cili padi dipotong kecil dan halus

1 biji tomato dipotong kiub - kalu suka tomatao kalu x tak payah masuk...

2 biji bawang kecil di hiris

2 batang serai dihiris halus ala2 bunga rampai

4 sudu besar lemon jus atau limau nipis

***taburkan kesemua bahan di atas ikan yang telah digoreng ...siap dihidangkan...!






***SELAMAT MENCUBA***


Tidak ada komentar:

Posting Komentar