Halaman

SHEBBIE's - berterima kasih!

DUNIA SHEBBIE...!

semoga semua yg shebbie usahakan di sini dapat memberikan sesuatu kebaikan buat diri kalian yg sudi mengunjungi blog shebbie yg sangat simple nie...shebbie akan mencuba sebaik mungkin untuk berkongsi segala yg shebbie ada & tahu...semoga diberkati hendaknya...insyaAllah...

subscribe dunia shebbie

Add to Google Reader or Homepage

SHEBBIE's - nak tahu ke?

Foto saya
...happy...happy...happy...

Jumat, 29 Juni 2012

MASAK LEMAK CILI API IKAN KERISI TERUNG BULAT

ASSALAMMUALAIKUM semuaaaaaa... semoga di hari Jumaat yang mulia nie semua dikurniakan kesihatan yang baik nak-nak dah dekat menjelang bulan Ramadhan...


HARI nie shebbie menghabiskan masa melayari internet dengan menjengah berita-berita terkini untuk menambah sedikit sebanyak ilmu sambil mencari-cari peluang buat tambah-tambah pendapatan... mana tahukan dengan peluang yang baik serta tidak ada unsur penipuan bolehlah buat duit raya heee... amacam... ada kaaa... anda dilayani dengan segera jika memberikan sesuatu 'proposal' yang bagus yang menyukarkan untuk shebbie menolaknya... PEACE...!


SETELAH  penat melayari internet terfikir pula apa yang hendak dijadikan menu untuk tengahari nie... maalumlah bukan senang juga nak makan masakan sendiri kebelakangan nie... asyik makan di luar hingga mati selera... yea laaa tekak tak boleh terima kerana tak ada PEDAS... macam biasa shebbie kan fanatik cili api pendek kata mesti pedas... tanpanya hidup tak bererti heee....

TAPI sebelum tu ingin shebbie berkongsi satu cerita semalam... REZEKI TERDUDUK... heee heee heee... waktu meronda melawat kawasan tekak haus dan singgah di sebuah kedai makan kecil... shebbie order milo ais dan ambil nasi putih + kuah kari (dagingnya dah habis kot heee) + udang sambal tumis... makan dan makan sehingga habis... di akhir cerita shebbie panggil laaa depa kira... tetapi...jeng... jeng... jeng... anda semua nak tahu...?

FREEeeee...! shebbie dapat makan free you know... towkey belanja semua pelanggan yang masuk... hwaaa hwaaa hwaaa... syukur alhamdulillah rezeki yang tidka terduga...masakannya memang sedap gitu...!

OKAY... back to my menu hari nie... tak sah kalu tak share kan... so, teruskan melayari blog shebbie nie yea... saja suka-suka jew... heee...


HARI nie rasa nak berkongsi masakan menu tengahari shebbie yea... kalu suka boleh mencuba insyaAllah pasti menjadi... semuanya dengan ikhlas shebbie kongsikan tiada yang tersembunyi...!



MASAK LEMAK IKAN KERISI + TERUNG BULAT

MASAK LEMAK IKAN KERISI  + TERUNG BULAT

BAHAN-BAHAN :

4 EKOR IKAN KERISI - dicuci dan diperap serbuk kunyit bersama sedikit garam

1 GENGGAM CILI API - (sekitar 20 biji juga nie) diblend halus tanpa air atau ditumbuk

2 KETUL (sebesar ibu jari) KUNYIT HIDUP - diblend bersama cili api atau ditumbuk bersama

3 ULAS BAWANG PUTIH - diblend bersama cili api & kunyit hidup atau ditumbuk bersama

4 BIJI TERUNG BULAT - dipotong/dibelah empat atau dua pun boleh ikut saiz terung

2 BIJI TOMATO - dibelah empat sekadar untuk menambah warna masakan

1/2 GENGGAM IKAN BILIS - diblend kasar sebgai perisa bagi melemakkan masakan

1 BIJI LIMAU NIPIS - diambil jus sekadar untuk menambah rasa

1/2KG SANTAN PEKAT

2 KEPING ASAM KEPING - yang sederhana besar jangan terlebih nanti masam tak sedap

2 CAWAN AIR - cukup untuk ikan sebanyak ini jangan terlebih nanti kuahnya cair tak ummphhh



CARA-CARANYA :

~ masukkan cili api... kunyit hidup... bawang putih... ikan bilis yang diblend ke dalam periuk

~ masukkan asam keping dan sedikit garam

~ masukkan 2 cawan air biarkan mendidih

~ masukkan terung bulat tunggu sehingga agak layu bukan empuk yea...

~ seterusnya masukkan santan dan sentiasa kacau hingga hampir nak mendidih...

~ masukkan ikan kerisi satu persatu dan kacau perlahan-lahan agar ikan kerisi tidak hancur keran ikan kerisi mudah hancur... bersifat lembut...

~ masukkan jus limau nipis...

~ masukkan tomato setelah santan mendidih dan hingga ikan benar-benar masak...

~ tambahkan sedikit garam... rasa masinnya dan tutup api...

~ ~ > selamat mencubaaaa.....PEACE...!




Tidak ada komentar:

Posting Komentar