berkemas rumah yang sudah bersawang nie heee...heee...heee... peluh agak banyak hingga basah baju maknanya dah berisi laaa tuuu... eish2... seraaaaammm... tapi maintain lagi... adehhh
macam biasa pantang 'free' mulalah fikir pasal makan-makan heee... hobi baru melantak (menembamkan susuk badan) haaa haaa haaa...so, apa lagi menfaatkan hobi lain MEMASAK...!
hari nie shebbie kongsikan resepi :-
IKAN KERAPU MASAM MANIS @ SWEET SOUR KERAPU FISH |
"IKAN KERAPU MASAM MANIS"
2 Ekor ikan kerapu dibersihkan dan perap sedikit garam & serbuk kunyit
1 batang carrot dipotong dadu sederhana besar jangan kecil sangat
***kalu ada timun pun boleh juga ditambah potong dadu juga
***kalu ada sayur campur tu pun boleh (kacang peas, jagung, carrot)
2 biji tomato dipotong dadu (ikut suka nak lebih pun boleh)
4 biji cili merah di potong dadu kasar
10 biji cili padi warna merah dan hijau dicampur bagi warna sedikit dan pedas (kalu suka pedas)
*** mahu letak cili banggala (capsicum) pun boleh kalu ada bahan di dapur
1 biji bawang besar holland (warna kuning tu) dipotong dadu kecil
3 ulas bawang putih diketuk atau diricih halus
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis diambil jusnya
4 sudu besar sos tiram
8 sudu besar sos cili (lagi banyak lagi sedap)
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos ikan Thai
sedikit garam
sedikit minyak buat menggoreng
CARA-CARA MEMASAK :-
tuangkan minyak ke dalam kuali tunggu hingga benar-benar panas
masukkan ikan dan goreng sehingga kekuningan dan agak garing
*** jangan terlalu garing kurang ummppphhh...
angkat ikan setelah dipastikan masak dan asingkan ke dalam bekas yang hendak dihidang
seterusnya panaskan sedikit minyak
tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah didadukan tadi hingga naik bau dan kekuningan
masukkan carrot yang telah didadukan dan hingga layu sedikit
masukkan tomato yang telah didadu tadi, cili merah yang telah didadu juga dan cili api hingga agak layu
masukkan jus limau nipis
masukkan sos tomato
masukkan sos cili
masukkan sos tiram
masukkan sos ikan Thai
tunggu sehingga kuahnya agak pekat tetapi kalu terlalu pekat tambahkan secawan dua air
***diperingkat ini jangan masukkan garam bimbang sudah masin yea... sos tiram dan sos Thai sudah pun masin... sekiranya kurang barulah masukkan secubit garam...
akhir sekali rasakan kesemua rasa masam dan manis
setelah berpuas hati tuangkan pada ikan yang dah digoreng tadi...
~SELAMAT MENCUBA~
Tidak ada komentar:
Posting Komentar