Halaman

SHEBBIE's - berterima kasih!

DUNIA SHEBBIE...!

Berkongsi minat dan hobi bersama SHEBBIE 😀

subscribe dunia shebbie

Add to Google Reader or Homepage

SHEBBIE's - nak tahu ke?

Foto saya
...happy...happy...happy...

Senin, 23 Juli 2012

LEMPENG SARDIN CAP AYAM

assalammualaikum semua sahabat...

rasanya ramai sedang berpuasa dengan begitu berhemah dan penuh disiplinkan... lagi pun cuaca agak baik dan sungguh nyaman... tidak berapa panas dan tidak berapa sejuk... alaaa... suam-suam kuku heee...

hari nie shebbie ingin berkongsi  resepi agar mana yang tak tahu nak makan apa tu mungkin boleh mencuba dengan memasak atau membuatnya dengan seikhlas hati insyaAllah jadi huuuu....

"LEMPENG SARDIN CAP AYAM"




BAHAN-BAHANNYA :
 

BAHAN ADUNAN :

1 CAWAN TEPUNG GANDUM - diayak

1=2 CAWAN AIR
 
1/2 CAWAN SUSU CAIR

1 BIJI TELUR

3 SUDU MAKAN MENTEGA

SEDIKIT GARAM





BAHAN SARDIN CAP AYAM :

1 TIN KECIL SARDIN

1/2 BIJI BAWANG BESAR - dicincang atau dipotong bulat ikut suka

1 BIJI CILI MERAH - dipotong dadu

SEDIKIT GARAM - kira2 secubit gitu

SEDIKIT GULA PERANG

MINYAK MASAK UNTUK MENUMIS




CARA-CARA UNTUK MELEMPENG :

~ bancuh tepung gandum dengan telur... susu cair... air...

~ kacau sehingga rata sekiranya bergentel perlu dikidar sehingga halus...

~ panaskan kuali dengan sedikit mentega...

~ tuangkan sedikit adunan ke dalam kuali dan golekkan kuali agar adunan rata memenuhi kuali...

~ masak sehingga kekuningan sedikit dan terus dilipat atau digulung 
*** setelah diisi intinya yea...


CARA-CARA UNTUK  SARDIN :

~TUMIS BAWANG BESAR SEHINGGA BERBAU...

~ MASUKKAN CILI MERAH... BAWANG BESAR... GULA PERANG... GARAM...

~ AKHIR SEKALI MASUKKAN SARDIN DAN HANCURKAN AGAK KASAR SEDIKIT....

~ KACAU RATA sehingga masak...

~tadaaaaa...siap dah dan letak di atas lempeng buat laaa ikut pandai heeee....



Tidak ada komentar:

Posting Komentar