Halaman

SHEBBIE's - berterima kasih!

DUNIA SHEBBIE...!

Berkongsi minat dan hobi bersama SHEBBIE 😀

subscribe dunia shebbie

Add to Google Reader or Homepage

SHEBBIE's - nak tahu ke?

Foto saya
...happy...happy...happy...

Senin, 16 Juli 2012

IKAN SIAKAP MASAK STIM ALA SHEBBIE

ASSALAMMUALAIKUM... banyak hari tak update blog so, hari nie ambil peluang masa terluang nie... heee... maalum laaa terlepas kapal terbang nak ke surabaya ada kes di sana... tapi tak mengapa wakilkan saja wakil yang agak layak pandai-pandailah dia uruskan...

biasalah bila bekerja sendiri pasti ada risikonya kan... tak kan langit selalu cerah kadang-kadang mendung hingga langit pun menangis tapi kadang-kadang langit menahan... pendam jew air matanya heee... manusia memang tidak pernah lepas dari dugaan... dugaan yang agak mencabar dan kurang mencabar... apa pun kita harus hadapi semua itu...

bila terleka dan dilekakan... itu semua sudah menjadi takdir dan kita hanya boleh cuba memperbaikinya dan berserah kepada Allah swt selebihnya... datangnya dugaan itu bukan kita tahu pun... tahu2 muncul dan bikin kita tidak keruan dalam menentu arah hala tuju... apa pun keyakinan diri adalah penyelamat buat kita... menjadi peneraju yang sangat berguna dan sangat diperlukan (dibutuhkan)...

shebbie cukup bersyukur kerana telah diberikan ramai sahabat dari segenap pelusuk dunia maka kemudahan yang diberikan sangat berguna... kalu dulu nak cari sahabat dari lain-lain negara bukan semudah sekarang... dunia semakin mencabar dan bergerak pantas hanya yang mampu saja boleh mengikuti rentak tarinya serta tempo... kecundang itu perkara biasa dan harus redha apa adanya...

okay laaa hanya ini yang dapat shebbie kongsikan perasaan di ketika ini... maka itu seperti biasa ingin shebbie kongsikan resepi menu hari nie;




IKAN SIAKAP STIM



BAHAN-BAHANNYA :

2 EKOR IKAN SIAKAP SEDERHANA BESAR~ dicuci bersih buang hanyir
***tak perlu dibubuh garam agar manisnya kekal

15 BIJI CILI PADI HIJAU

10 BIJI CILI PADI MERAH~ (untuk xtra pedas leee... tak mahu tak apa)

1 BIJI CAPSICUM MERAH~ (bagi cantik sikit heee)

3 BATANG SERAI~ diketuk

2 BIJI HALIA MUDA~ dihiris nipis

1 BIJI LIMAU NIPIS~ diambil jus

1/4 BIJI BUNGA KOBIS~ dipotong kecil

4 BIJI TIMUN KECIL~ dipotong dua

1 BATANG CARROT~ dihiris nipis

1 BIJI BAWANG HOLLAND~ dibelah empat

4 BIJI BAWANG PUTIH~ diketuk

2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG~ untuk memekatkan kuah

SEDIKIT GARAM...




CARA-CARANYA :

~ masukkan air ke dalam periuk untuk kukus ikan

~ mendidih masukkan ikan dan ditutup periuk sekitar 10 minit

~ sudah sampai waktu tutup api dan biarkan ikan di dalamnya

~ panaskan kuali kecil dan didihkan air biasa terlebih dahulu

~ masukkan serai... carrot... bunga kobis... biarkan agak layu lebih kurang 5 minit

~ masukkan timun... jus limau nipis... bawang putih... bawang besar...

~ keluarkan ikan dan masukkan air ikan tadi dan dibubuh garam

~ rasakan dan ambil tepung jagung yang dicairkan... masukkan ke dalam kuah agar pekat

~ boleh dihidangkan segera...
  
~ hiaskan dengan brokolli ke apa saja yang anda suka - itupun kalu rajin heee



~ SELAMAT MENCUBA ~






Tidak ada komentar:

Posting Komentar