Laman

SHEBBIE's - berterima kasih!

DUNIA SHEBBIE...!

semoga semua yg shebbie usahakan di sini dapat memberikan sesuatu kebaikan buat diri kalian yg sudi mengunjungi blog shebbie yg sangat simple nie...shebbie akan mencuba sebaik mungkin untuk berkongsi segala yg shebbie ada & tahu...semoga diberkati hendaknya...insyaAllah...

subscribe dunia shebbie

Add to Google Reader or Homepage

SHEBBIE's - nak tahu ke?

Foto saya
...happy...happy...happy...

Jumat, 08 Februari 2013

UNTUK WANITA BERUSIA 40-an!

assalammualaikum semua... shebbie doakan semua sahabat-sahabat shebbie dalam keadaan sihat dan sentiasa dipermudahkan setiap urusan baik di dunia mahupun di akhirat kelak... sentiasa kita dalam keadaan positif... PEACE!!!

~hidup sebagai seorang wanita memang penuh dengan dugaan serta godaan... tidak dapat lari dari kedua-dua ini... tetap dihadapi dan mendepaninya dengan cara kita seorang wanita... heee heee heee...


~maalumlah dugaan dalam rumahtangga, di mana kadang-kadang terkasar bahasa, tertinggi suara dengan suami... (dah berdosa kita... tak cium bau syurga kita!)... dugaan sepanjang mengandungkan zuriat kita selama 9 bulan 10 hari hingga bersalin dan hinggalah peringkat untuk membesarkan anak-anak (kesabaran serta ketabahan yang teramat tinggi diperlukan... begitulah antara dugaan yang paling asas buat seorang wanita...!


~antara godaan pula yea laaa mana tahukan ada antara kalangan kita nie wanita yang dikatakan cantik, anggun, sedap mata memandang... sepanjang masa dari muda hingga ke tua (ramailah buaya menggoda!)... heee... lagi antaranya mudah tergoda dengan makanan yang sedap-sedap yang boleh bikin kita bersaiz XXXL (nie kalu sudah sampai... nak turun semula untuk dapat saiz asal.... ermmm... tak mudah sayang!)... malah kita juga mudah tergoda dengan pakaian yang cantik-cantik serta beg tangan yang sentiasa up-to-date.... fuhhh... boros masa nie dan lupa seketika duit mengalir macam air... heee heee heee...



~okay laaa... menyentuh tajuk blog shebbie hari nie adalah bertujuan mengajak para sahabat wanita shebbie yang berusia 40-an ke atas dan tidak kisah kalu yang muda dari nie pun nak mengikut apa yang dikongsikan lagi baik... bak kata orang2 tua dulu... sediakan payung sebelum hujan...

~untuk penjagaan kesihatan kita seeloknya mencegah itu lebih baik dari mengubati... rutin seharian kita sebenarnya sudah cukup untuk kita mempertahankan segala yang menjadi milik kita... tidak perlu berhabis wang ringgit beli itu ini untuk kita kelihatan muda dan sihat juga anggun di mata suami dan anak-anak kita... PEACE!!!

PERKARA-PERKARA YANG MEMBANTU ANTARANYA :-

a) sebaik kita bangun pagi (seeloknya jadikan amalan bangun setiap jam 05:30 am sebelum subuh)... terus menuju ke dapur dan minum sekurang-kurangnya 4 x 160ml gelas air kosong... kalu tidak bisa mulakan 2 gelas terlebih dahulu nanti upgrade jadikan 4 gelas yea... pastikan selepas ini tidak makan dan minum dalam masa 45 minit...!

***kebaikkan dari amalan ini adalah dapat menghindarkan atau mengurangkan kita dari segala penyakit antaranya seperti sakit kepala, sengal-sengal badan, sistem hati, jantung laju, epilepsi, asma atau lelah, TB, meningitis, buah pinggang dan kencing kotor, muntah, gastrik, diarea, kencing manis, kanser, sakit tekak, kebingitan atau telinga berdesir, pernakan ngilu dan sebagainya... in syaa Allah... dan amalan ini tersangat popular dikalangan orang Jepun di negaranya...!

***kesannya pada pengidap darah tinggi dalam jangka waktu 30 hari
***kesannya pada pengidap gastrik dalam jangka waktu 10 hari
***kesannya pada pengidap kencing manis dalam jangka waktu 30 hari
***kesannya pada pengidap sembelit dalam jangka waktu 10 hari
***kesannya pada pengidap kanser dalam jangka waktu 180 hari
***kesannya pada pengidap TB pula dalam jangka waktu 90 hari
***IN SYAA ALLAH...dengan izin Allah swt...

b) setelah itu terus menuju ke bilik air... gosok gigi dan mandi air biasa bukan air panas... sekiranya tidak mengejar masa bolehlah manjakan tubuh badan kalian dengan menggosok kulit kita dengan sponge yang khas untuk kulit manusia... sambil mengurut kaki serta tangan kita bagi melancarkan perjalanan darah dan sekiranya mencuci rambut seeloknya lakukan urutan kepala dan lakukannya sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu...

***kebaikkan mandi pagi ini adalah untuk memecahkan lemak-lemak di badan (bagus untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan atau yang mahu mengekalkan berat badan dan mengurangkan rasa sengal setiap sendi serta mengurangkan serangan angin jahat (terutama pada wanita yang kurang atau tidak berpantang ketika selepas melahirkan)!

c) setelah mandi terus menuju ke bilik tidur dan mengadap cermin... lakukan pemeriksaan payu dara secara mengangkat tangan kiri atau kanan... dan lihat sekiranya ada benjolan haruslah kita bertemu doktor untuk mengesahkan apa benjolan itu... sekiranya tiada... anda boleh melakukan sesuatu seperti menarik nafas dan menghembus nafas sambil kedua tangan kiri kanan menolak payu dara ke dalam arah dada agar kekal montok dan tidak jatuh...!

d) setelah itu ambil sikat dan sisirlah rambut secara perlahan agar dapat melancarkan perjalanan darah juga dapat mengurangkan stress... usir secara lembut dan perlahan... belailah dengan manja... sekali dalam seminggu seeloknya gunalah pengering rambut untuk mengurangkan rasa berat di kepala...

e) selesai itu carilah pakaian yang punya warna ceria agar dapat menjadikan mode yang bagus buat kita dan tidak ada rasa kusut fikiran serta minda untuk meneruskan perjalanan rutin kita bagi tempoh sehari dan sehari lagi... seeloknya carilah warna-warna damai dan menenangkan... disarankan warna-warna alam...

f) teruskan lagi urusan mencantikkan wajah pada yang suka bermake-up sambil tersenyum agar muka kita tidak kelat... gunakanlah secara bersederhana dengan cara menggunakan lipstik yang tidak terlalu merah... di usia begini seeloknya berwarna perang... coklat... pink muda... elakkan warna merah...!

 g) setelah selesai... ambil makan pagi yang berzat dan ringan (sekiranya melepasi waktu 45 minit seperti disarankan di atas tadi atau lebih yea)... seperti roti bersama milo atau susu... elakkan nasi lemak... kopi... teh tarik... di waktu pagi... (pastikan tidak makan dan minum selepas ini dalam jangka waktu 2 jam)... ***melepasi waktu ini bolehlah makan seperti biasa dan bersederhana banyakkan buah-buahan umpamanya yea...*** dan setelah selesai keluarlah dengan senyuman yang ibarat bunga yang mekar di taman... heee.... pada yang bekerja yea...!

h) buat suri rumah pula teruskan kerja rumah dalam keadaan cantik berdandan dan segar... kalu ada tangga boleh guna untuk turun dan naik bagi membuang toksin melalui pepeluhan... heee... lakukan dengan tenang dan tabah... lupakan segala kekusutan...!

~ okay laaa sahabat semua... cukup sampai di sini untuk hari ini dan sekiranya ada kelapangan akan shebbie update lagi blog dengan perkongsian idea... cara hidup... dan sebagainya... semua ini adalah pengorbanan dari shebbie buat kalian... shebbie sayang anda semua... PEACE!!!

~ dari jendela shebbie... PEACE!!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar