Halaman

SHEBBIE's - berterima kasih!

DUNIA SHEBBIE...!

Berkongsi minat dan hobi bersama SHEBBIE 😀

subscribe dunia shebbie

Add to Google Reader or Homepage

SHEBBIE's - nak tahu ke?

Foto saya
...happy...happy...happy...

Minggu, 22 Juli 2012

MASAK LEMAK CILI API UDANG REBUNG MUDA





heee heee heee... belum makan dah nangis nie... maalum laaa podeh melaha tekau...

  

"MASAK LEMAK CILI API UDANG + REBUNG MUDA"






BAHAN-BAHANNYA :

10 BATANG REBUNG MUDA - dihiris nipis dan agak kasar sedikit

30 EKOR UDANG SEDERHANA BESAR - dibuang kepala dan bersihkan

30 BIJI CILI API - nak pedas lagi tambah yea... ditumbuk atau diblend tanpa air

2 BATANG SERAI - diketuk

4 SUDU KECIL SERBUK KUNYIT - dimasukkan ke dalam kuah terus

3 PEK SANTAN PEKET - serbuk santan segera kalu nak guna santan betul sekurang2nya 1kg

1 KEPING ASAM KEPING - yang agak besar saiznya jangan lebih kerana rebung sudah agak masam 

4 SUDU BESAR UDANG KERING - yang telah diblend halus tanpa air

SEDIKIT GARAM

3 CAWAN AIR




CARA-CARANYA :

~ MASUKKAN 3 cawan air... rebung... cili api... asam keping... serbuk kunyit... serai... ke dalam periuk biarkan sehingga mendidih...

~ MASUKKAN serbuk santan tadi dan kacau sehingga pekat dan tiada ketulan...

~ MASUKKAN serbuk udang kering dan kacau...

~ MASUKKAN udang dan kacau hingga rata dan masak... masukkan sedikit garam...

~ ANGKAT dan boleh dihidangkan... ermmm.... panas-panas babe...!




SELAMAT MENCUBA... MEMANG KAU2... PODEH MELAMPAU TEKAU... HAAA HAAA HAAA...

SHEBBIE ucapkan selamat berbuka puasa buat semua warga facebook dan twitter juga para bloggers... kalu tiada idea nak masak apa bolehlah layari blog nie dan ambil resepi... insyaAllah pasti jadi kerana tiada yang tersembunyi...keh keh keh....


Tidak ada komentar:

Posting Komentar